fbpx

Malaysia langkah kanan Piala Dunia Hoki Remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALAYSIA (jersi kuning) meraih tiga mata berharga selepas menewaskan Chile (jersi biru) 2-1 pada aksi pertama Piala Dunia Hoki Remaja. - FIH

KUALA LUMPUR – Skuad projek khas lelaki kebangsaan menepati ramalan apabila membuka tirai saingan Piala Dunia Hoki Remaja 2021 dengan kemenangan 2-1 ke atas Chile di Stadium Kalinga, India sebentar tadi.

Menariknya, kedua-dua gol Malaysia diperoleh menerusi set-piece menarik daripada pukulan sudut penalti yang berjaya disudahkan Muhammad Kamarulzaman Kamaruddin dan Syarman Mat Tee pada minit ke-34 serta 43.

Gol tunggal Chile dalam aksi itu hasil pukulan sudut penalti daripada Sebastian Wolansky pada minit ke-59.

Kemenangan itu secara tidak langsung memberikan tonik tambahan terbaik buat skuad bimbingan Wallace Tan yang selepas ini akan membuat perhitungan dengan naib juara edisi 2016, Belgium pada Jumaat ini.

Ia bukan tugas mudah buat Malaysia memandangkan Belgium sudah menunjukkan potensi sebenar mereka dengan membelasah Afrika Selatan 5-1 dalam satu lagi aksi Kumpulan A petang tadi.

Selepas bertemu Belgium, Malaysia yang menyasarkan mara ke suku akhir, akan melengkapkan saingan Kumpulan A menentang Afrika Selatan pada Sabtu ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI