fbpx

Fenomena kepala air limpahi TPNS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan hakisan disebabkan fenomena kepala air di TPNS, Hulu Terengganu semalam.

HULU TERENGGANU – Taman Pertanian Negeri Sekayu (TPNS) di sini dilanda banjir kilat berikutan limpahan air disebabkan fenomena kepala air dari sungai berhampiran pada semalam.

Kejadian pada pukul 4.30 petang itu menyebabkan hakisan pada sebahagian kawasan TPNS selain kerosakan harta benda termasuk sistem perpaipan.

Difahamkan, fenomena kepala air tersebut kali pertama menimpa TPNS dalam tempoh lapan tahun.

Pengurus TPNS, Mohd. Amran Awang berkata, sewaktu kejadian, kakitangannya yang sedang bertugas di pejabat dikejutkan dengan bunyi arus air yang deras dan kuat.

“Dalam sekelip mata, muncul arus deras seperti ombak besar sehingga memenuhi sebatang anak sungai berhampiran bangunan pentadbiran TPNS.

“Air anak sungai itu kemudiannya melimpahi kawasan TPNS sehingga meyebabkan hakisan di tebing kolam tadahan air dan merosakkan sistem perpaipan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI