fbpx

Dua ‘marsyal PD’ ditahan, empat lagi diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi beberapa penunggang motosikal yang bertindak sebagai marsyal di persimpangan lampu isyarat di Sua Betong, baru-baru ini.

PORT DICKSON – Polis berjaya menahan dua lelaki awal pagi tadi yang bertindak sebagai marsyal dengan memberhentikan kenderaan awam bagi memberi laluan kepada sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi di lampu isyarat Sua Betong di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, suspek berusia 26 dan 27 tahun itu ditahan antara pukul 12.30 tengah malam hingga 2.45 pagi di kawasan Springhill dan Lukut di sini.

“Kedua-dua suspek masih bujang dan bekerja sebagai pembantu firma guaman dan penyelia kilang.

“Turut dirampas adalah dua buah motosikal jenis Kawasaki GTR 1400  dan Kawasaki Z800, topi keledar, pakaian serta kasut yang digunakan semasa rakaman dibuat,” katanya dalam kenyatan di sini hari ini.

Jelas Aidi Sham, kesemua suspek ditahan di Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson bagi siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Polis dan Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Usaha mengesan 4 individu yang bertindak sebagai marshal masih lagi dijalankan,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI