fbpx

Tiada keputusan 2 ADUN PN sertai barisan Exco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sulaiman bersama pegawai kerajaan negeri pada hari pertama menjalankan tugas sebagai Ketua Menteri Melaka, di Seri Negeri, hari ini.

MELAKA – Kedudukan dua Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) baharu daripada Parti Perikatan (PN) dalam barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) masih belum diputuskan lagi.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, keputusan itu perlu melalui perbincangan bersama pucuk kepimpinan Barisan Nasional (BN) dengan mengambil kira senario parti itu yang bertanding secara solo.

“Meskipun pentadbiran pusat masih di bawah kerjasama kerajaan PN, namun kita telah mencapai kemenangan secara solo dan itu perlu diambil kira.

“Saya perlu mesyuarat terlebih dahulu dan berbincang dengan pucuk pimpinan atasan, jadi apa jua keputusan dibuat pucuk pimpinan saya akan akurlah,” katanya kepada pemberita selepas memulakan tugas secara rasmi di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Beliau kemudian memaklumkan senarai barisan Exco Kerajaan Negeri akan diumumkan pada minggu ini.
Keputusan rasmi menunjukkan BN yang diwakili UMNO, MCA dan MIC berjaya mendapat 21 daripada keseluruhan 28 kerusi DUN di Melaka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI