fbpx
Tangkap layar oleh @Cornesstochef tentang mendapat 'popcorn' (bertih jagung) daripada seseorang sebagai ganti rugi akibat keretanya rosak dipercayai dilanggar lori.

[VIDEO] Terlanggar ‘sikit’ belanja popcorn

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Seorang lelaki berkongsi video pada orang ramai selepas dia mendapat ‘popcorn’ (bertih jagung) daripada seseorang sebagai ganti rugi akibat keretanya rosak dipercayai dilanggar lori.

Menerusi perkongsian video oleh @Cornesstochef di laman aplikasi TikTok, lelaki tersebut terkejut apabila ada orang meninggalkan sekeping nota beserta sebekas ‘popcorn’ di cermin hadapan keretanya.

Berdasarkan video berdurasi 44 saat di TikTok semalam, selepas membaca nota yang ditinggalkan, dia terus melihat keadaan keretanya yang hancur dilanggar oleh individu terbabit.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial berasa terkejut dengan keadaan kereta mangsa yang disangkakan calar, tetapi sebenarnya keadaan kenderaan itu lebih teruk.

“Ini ganti dengan 100 ‘popcorn’ pun tak dapat pulihkan hati abang yang remuk itu,” kata @Matdan55.

“Saya pun terkejut, pergi bawa tulisan itu pergi cari detektif Conan ke? semoga awak sentiasa tabah,” @Suhailabuseman.

“Ya Allah, itu bukannya langgar sikit, itu luka terkoyak teruk, kalau kena hujan lama-lama tak baiki boleh karat,” @Apihabusekam.

Sehingga kini, perkongsian tersebut meraih lebih 163,800 tontonan dan 9,324 tanda suka di laman aplikasi TikTok. – K! ONLINE

POPULAR