fbpx

Polis Australia sangka teh halia dari Malaysia dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Connie Chong (kiri) dan anak perempuannya, Melanie Lim (kanan) dituduh mengedar dadah. – Daily Mail

SYDNEY – Seorang ibu dan anak perempuannya yang dituduh mengedar dadah dipenjarakan selama empat bulan, walaupun polis New South Wales (NSW) sedar mereka tersilap mengenal pasti teh milik dua beranak itu sebagai dadah, lapor akhbar Daily Star semalam.

Connie Chong dan anak perempuannya, San Yan Melanie Lim mengimport 25 kilogram teh halia perang yang dibungkus di dalam lima kotak segi empat tepat dari negara asal mereka, Malaysia. Teh itu digunakan sebagai ubat untuk  merawat senggugut.

Bungkusan mereka dirampas Polis  Sempadan Australia di Lapangan Terbang Sydney pada 17 Januari lalu. Mereka menyatakan bahawa bungkusan itu mengandungi dadah  Phenmetrazine iaitu  sejenis amphetamine.

Anggota-anggota polis lengkap bersenjata kemudian menyerbu rumah wanita berkenaan di barat daya Sydney. Anak-beranak itu digari dan ditahan, manakala polis  menemui lebih banyak bahan tersebut.

Mereka didakwa membekalkan dadah secara komersial yang membawa hukuman penjara seumur hidup. Malah, ikat jamin untuk mereka ditolak mahkamah.

Mahkamah Tempatan Downing Sydney dimaklumkan bahawa polis mengetahui beberapa minggu sebelumnya bahawa terdapat masalah dengan kes itu tetapi tidak menyampaikannya kepada pasukan pembelaan. Connie dan anak perempuannya juga terus ditahan di penjara.

April lalu, seorang pegawai Polis Persekutuan Australia (AFP) menghantar e-mel kepada Detektif Tara Conaghan untuk memberitahu keputusan makmal bahawa barang rampasan itu  ‘tiada bahan terlarang’.

Mahkamah mendengar bahawa Conaghan gagal menyampaikan maklumat tersebut  kepada pasukan pembelaan pasangan anak-beranak itu yang menyebabkan mereka kekal di  dalam penjara.

Kedua-duanya  dibebaskan pada Mei lalu  tetapi pertuduhan terhadap mereka tidak digugurkan  balik sehingga 10 Ogos selepas Polis NSW mendapat analisis forensiknya sendiri.

Connie dan Melanie kini menyaman pihak polis untuk menuntut sejumlah wang pampasan. Sebutan kes itu ditangguhkan sehingga Mac 2022. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI