fbpx

Pemilik Axia lawan arus diarah tampil bantu siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar aksi sebuah Perodua Axia yang dipandu secara melawan arus di sebuah kawasan di Alam Perdana, Puncak Alam, petang semalam.

KUALA SELANGOR – Polis telah berjaya mengesan pemilik kereta Perodua Axia yang tular melawan arus sehingga nyaris menyebabkan kemalangan di Jalan Alam Perdana, Puncak Alam, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya telah mengarahkan pemilik kereta itu tampil bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

“Kita telah kesan dan rakam percakapan daripada pemilik video iaitu pemandu Nissan Serena.

“Bagi pemandu kereta Perodua Axia pula telah diarahkan tampil membantu siasatan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, pihaknya terlebih dahulu mengesan video berdurasi 34 saat yang memaparkan kes lawan arus berkenaan menerusi laman web Kosmo! Online.

Jelasnya, berdasarkan siasatan awal mendapati kejadian lawan arus itu berlaku pukul 3 petang semalam.

Kosmo! Online terdahulu melaporkan tindakan sebuah kereta jenis Perodua Axia dipandu secara melawan arus dan nyaris menyebabkan kemalangan dengan kenderaan lain.

Walaupun sempat mengelak, namun tindakan itu nyata mengundang kemarahan pemandu lain yang melalui kawasan tersebut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI