fbpx

Pekerja kilang maut langgar lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa yang maut dipercayai terlanggar binatang melintas di Jalan Felda Bukit Jalor, Gemencheh, di sini, malam tadi. - Foto IHSAN POLIS

TAMPIN – Seorang pekerja kilang maut selepas beberapa jam terbabit dalam kemalangan dengan merempuh seekor binatang dipercayai lembu di Jalan Felda Bukit Jalor, Gemencheh, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian berkenaan, mangsa, Mohamad Sudiro Misran, 56, dikejarkan ke Hospital Melaka susulan mengalami kecederaan serius, namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kira-kira pukul 9.03 malam.

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab. Wahab, pihaknya menerima makluman dari Hospital Melaka terdapat seorang lelaki yang maut akibat kemalangan.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa yang menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda merupakan pekerja kilang kayu di Gemas yang dalam perjalanan balik ke rumah di Felda Bukit Jalor.

“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa telah terlanggar seekor bintang melintas jalan. Akibat kemalangan itu,mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anuwal berkata, mayat mangsa dibedah siasat di Hospital Melaka dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI