fbpx

Pas Keluarga Malaysia galak orang ramai guna pengangkutan awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri ketika melancarkan pas perjalanan Keluarga Malaysia -FOTO: FAUZI BAHARUDIN

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melancarkan pas ‘Keluarga Malaysia’ bagi menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

Beliau berkata, pas yang bakal dijual bermula 1 Disember itu membolehkan seramai empat orang dalam satu kumpulan menikmati perjalanan satu hari tanpa had pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum dengan harga cuma RM15.

“Ini bermakna setiap seorang di dalam kumpulan ini hanya membayar RM3.75 untuk menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), Monorel dan Transit Bas Laju (BRT) di bawah kendalian Rapid KL sepanjang hari.

“Inisiatif pengenalan Pas Keluarga Malaysia ini bertujuan menggalakkan keluarga Malaysia beriadah, bersiar-siar dan menghabiskan masa berkualiti dengan orang tersayang sambil mengunjungi pusat-pusat beli belah atau tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar jaringan pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Selangor,” katanya ketika berucap pada Majlis pelancaran Pas Keluarga Malaysia di KL Sentral di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Pengangkutan, Datuk Sri Ir Dr. Wee Ka Song; Menteri Kewangan, Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Sri Dr. Shahidan Kassim, dan Pengerusi Prasarana, Tan Sri Jamaludin Ibrahim.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengumumkan bahawa Prasarana, menerusi anak syarikatnya, Prasarana Integrated Development Sdn. Bhd. atau PRIDE akan menawarkan “Pakej Transit untuk Pengusaha Industri Kecil dan Sederhana” mulai bulan Mac 2022.

“Sejak bermulanya pandemik Covid-19, saya sedia maklum bahawa Prasarana telah mengambil beberapa inisiatif bagi membantu para usahawan kecil untuk meningkatkan hasil jualan peniagaan mereka.

“Menerusi pakej ini, sejumlah dua puluh lot perniagaan, bersaiz antara lapan puluh hingga ke empat ratus kaki persegi di beberapa laluan akan ditawarkan kepada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana secara cabutan lot,” ujarnya.

Justeru itu beliau berkata, pengusaha industri kecil dan sederhana digalakkan untuk mengambil bahagian dan memperkasakan ekonomi setempat agar dapat melimpahkan kesejahteraan dan manfaat kepada Keluarga Malaysia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI