fbpx

Bekas pasangan kekasih terlepas tali gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Goo Woei Tye (kanan) dan Yang Wendy terlepas hukuman tali gantung setelah Mahkamah Tinggi Johor Bahru melepaskan dan membebaskan mereka atas lima tuduhan mengedar dadah, empat tahun lalu

JOHOR BAHRU – Bekas pasangan kekasih terlepas hukuman tali gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan mereka atas lima pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Goo Woei Tye, 33, dan Yang Wendy, 25, di akhir pendakwaan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Woei Tye yang merupakan jurujual menghadapi satu pertuduhan memiliki dadah jenis 3,4 Methylenedioxy methamphetamine (MDMA) seberat 2.78 gram.

Kedua-dua mereka secara bersama-sama menghadapi tiga pertuduhan mengedar dadah jenis 3,4 MDMA seberat 91.22 gram dan 71.33 gram serta ketamin seberat 14.89 gram.

Selain itu, lelaki terbabit bersama wanita yang juga peniaga atas talian secara bersama-sama turut didakwa memiliki dadah jenis 3,4 MDMA seberat 40.14 gram.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah pangsapuri di Jalan Dato’ Abdullah Tahir, di sini kira-kira pukul 6.45 petang, 15 November 2017.

Bagi pertuduhan mengedar dadah, bekas pasangan kekasih bekas terbabit didakwa dibawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala bagi pertuduhan memiliki dadah, mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta yang sama.

Bagi pertuduhan mengedar dadah, pasangan berkenaan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai hati.

Manakala bagi pertuduhan memiliki, mereka boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (2) Akta yang sama yang membawa hukuman pejara tidak lebih 30 tahun dan sebatan rotan tidak kurang dari 10 sebatan.

Seramai lima saksi pendakwaan dipanggil sepanjang perbicaraan itu berlangsung.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Faizal Noor Hadi manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Mohd. Daud Ismail dan R.K. Menon.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI