fbpx

Ramai doakan Nabila Huda hamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NABILA HUDA berkongsi adegan imbasan perut yang dilakonkannya dalam sebuah drama.

SEBELUM ini ramai teruja mengenai hasrat Nabila Huda atau Abil untuk hamil buat kali kedua.

Namun, sehingga kini rezeki masih belum berpihak kepadanya dan suami.

Terbaharu, ada yang terkejut dengan sebuah video dimuat naik Abil dalam Instagramnya dengan memaparkan bahagian perut yang membuncit seperti sedang hamil.

Lebih membuatkan ramai menggelabah ialah bahagian perutnya sedang diimbas sama seperti yang sering dilakukan oleh wanita hamil.

Bagaimanapun, semua boleh menarik nafas lega apabila momen tersebut hanyalah sebuah babak lakonan untuk sebuah drama dan Abil hanya memakai perut palsu.

“Salah satu perkara hebat yang dilakukan oleh pelakon ini ialah dia boleh bawa watak yang diidamkan.

“Walaupun sementara, sekurang-kurangnya dapatlah merasai keseronokannya,” katanya lagi.

Disebabkan video tersebut, ramai mendoakan agar Abil diberi peluang dan rezeki untuk merasai momen hamil anak kedua.

“Semoga Tuhan beri rezeki untuk Abil mengandung sekali lagi. Insya-Allah satu hari nanti,” ujar seorang netizen.

DIVA: Indah sungguh majlis perkahwinan level kayangan Haqiem Rusli dan isteri pada Jumaat lepas. Bagai pinang dibelah dua!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI