fbpx

PRN Melaka: ‘Post mortem’ kemenangan BN Isnin depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad.

SEREMBAN – Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan akan melakukan ‘post mortem’ secara terperinci pada Isnin minggu depan walaupun berjaya menang besar dalam pilihan raya itu kelmarin.

Mohamad berkata, ‘post mortem’ itu bertujuan bagi menilai dan merangka tindakan pada masa hadapan sebagai usaha memperkukuhkan BN di peringkat negeri dan seluruh negara.

“Saya sudah arahkan ‘war room’ untuk buat kajian. Dalam berperang pelbagai medan tempur yang kita lalui dan medan tempur itu bukannya seragam.

“Ada pelbagai corak dan apa yang hendak dikaji adalah keberkesanan jentera kita (BN) sebab kepelbagaian ini berbeza-beza mengikut tempat,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Agung Kebangsaan Persatuan Solidariti Nasional (Persona) Kali Ke-6 di sini hari ini.

Timbalan Pengerusi BN itu memberitaghu, pihaknya berdepan pelbagai keadaan dan situasi sepanjang PRN Melaka berlangsung, namun ia dijadikan penilaian bagi menggariskan strategi serta langkah yang perlu diambil pada masa hadapan.

Berita berkaitan: BN menang 21 kerusi, Pas silap langkah

“Jadi keadaan ini kita kutip dan diambil untuk dijadikan sebagai uji kaji. Kita tak mahu orang kata ‘jatuh terduduk’.

“Alhamdulillah kita menang besar di PRN Melaka kerana dapat menyesuaikan keadaan pada ketikanya,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, pihaknya turut mengambil isu-isu yang boleh dijadikan sebagai teladan sekali gus memberi contoh yang boleh diikuti.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan Barisan Nasional (BN) memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ditawarkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Kemenangan selesa itu menyaksikan BN berjaya membentuk kerajaan Melaka yang baharu dengan majoriti dua pertiga. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI