fbpx
Tertuduh, Lai Kok dibawa ke Mahkamah Sesyen Kluang, Johor hari ini atas pertuduhan menggunakan wang palsu, November lalu.

Pekerja binaan guna wang palsu kena jel 6 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG – Seorang pekerja binaan dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen Kluang di sini hari ini atas dua pertuduhan menggunakan wang palsu untuk berbelanja, pada awal bulan ini.

Hakim Mujib Saroji menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh, Lim Lai Kok, 53, membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menggunakan wang kertas RM100 untuk membeli sebuah beg kulit berharga RM30 di sebuah kedai kasut di Taman Sri Tengah di sini pada 3.30 petang, 7 November lalu.

Pemilik kedai yang menyedari wang itu palsu kemudian melaporkan kejadian kepada polis dan pemeriksaan lanjut mendapati tertuduh turut memiliki sekeping lagi not RM100 palsu.

Mengikut pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menggunakan wang palsu RM100 untuk membeli dakwat mesin pencetak di Jalan Lambak di sini pada 1.24 tengah hari, hari yang sama.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun. -K! ONLINE

POPULAR