fbpx

Anak peniaga pasar, warung terima Anugerah Pelajaran UPSI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penerima Anugerah Pelajaran Diraja UPSI, Muhammad Nur Azam dan Chu Wei Wei pada istiadat konvokesyen UPSI semalam. (Gambar Ihsan UPSI)

PETALING JAYA- Dua graduan yang merupakan anak peniaga pasar dan warung kedai kopi dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja pada Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-22, di Tanjung Malim, semalam.

UPSI dalam kenyataannya berkata, Muhammad Nur Azam Ghazali yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Awal Pendidikan Awal Kanak-Kanak mencipta sejarah selepas berjaya meraih empat anugerah pada istiadat konvokesyen berkenaan.

”Nur Azam menerima anugerah itu selepas memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif 3.94. Beliau turut menerima tiga lagi anugerah pada istiadat sama iaitu Hadiah Fakulti Pembangunan Manusia, Anugerah Buku Adni dan Anugerah Khas Adni,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Nur Azam memberitahu, doa daripada ibunya, Jaina Yusoff, 56, yang juga peniaga di Pasar Jelawat, Bachok telah membangkitkan motivasi beliau untuk mengubah nasib keluarga melalui pendidikan.

“Sebagai anak keempat daripada sembilan beradik, saya perlu lekas sedar pendapatan ibu sebagai peniaga kecil-kecilan di pasar tidaklah sebesar mana setelah arwah ayah meninggal dunia pada 2019. Jadi pendidikan dapat mengubah bukan sahaja nasib saya, tetapi juga keluarga,” ujarnya.

Dalam pada itu, seorang lagi graduan penerima Anugerah Pelajaran Diraja, Chu Wei Wei merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains) dengan kepujian.

“Saya tetap diberikan didikan sempurna walaupun ayah hanya bekerja sebagai pembantu kedai warung kopi manakala ibu saya membantu bapa dengan bekerja di gedung pakaian,” kata Wei Wei.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI