fbpx

PRN Melaka: BN, PH bersaing sengit di Kelebang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ban Hong.

PETALING JAYA – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lim Ban Hong dan calon Pakatan Harapan (PH), Gue Teck bersaing sengit di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelebang dengan perbezaan hanya 35 undi setakat pukul 6.50 petang tadi.

Turut sama bertanding di Kelebang adalah calon daripada Perikatan Nasional (PN), Bakri Jamaluddin yang mendapat 840 undian.

Ban Hong yang juga merupakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebelum ini memaklumkan bahawa tiada isu sekiranya beliau sebagai Timbalan Menteri menjadi calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Tidak menjadi kesalahan untuk mana-mana individu yang mempunyai jawatan di peringkat Pusat untuk bertanding di peringkat negeri,” katanya seperti dipetik sebelum ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI