fbpx

Pakar proses heroin sejak 1995 dicekup lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUSTAFA KAMAL GANI (dua dari kiri) pada sidang akhbar di IPK Pulau Pinang di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Seorang ‘otai’ dadah berusia 54 tahun yang memiliki kepakaran memproses dadah jenis heroin antara empat yang ditahan dalam lima serbuan di negeri ini dan di Kulim, Kedah pada Selasa dan Rabu lalu.

Mereka dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah jenis ganja dan heroin selain polis berjaya membongkar sebuah makmal memproses heroin di sebuah inap desa di Kulim.

Kegiatan itu terbongkar selepas polis menahan pasangan suami isteri berusia 50 dan 40 tahun di daerah Seberang Perai Tengah sebelum membawa kepada penemuan tempat menyimpan heroin dan ganja di dalam sebuah kereta dan sebuah rumah di daerah Timur Laut di sini.

‘Otai’ dadah tersebut ditahan bersama isterinya berusia 30 tahun di Bukit Mertajam di Seberang Perai dekat sini pada Rabu susulan penahanan dua suspek pertama itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Asisten Komisioner Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, siasatan mendapati suspek utama yang mempunyai rekod jenayah lampau sejak 1995 membabitkan kes dadah memperoleh bekalan dadah di Sungai Petani dan bertindak sebagai ‘tukang masak’ untuk memproses heroin.

Menurutnya, ‘otai’ itu dikatakan akan menyerahkan dadah heroin berkenaan kepada suspek pertama untuk diedarkan di pasaran tempatan.

“Kita mendapati ‘otai’ dadah ini kembali aktif sejak Jun lalu dan dia turut menurunkan ilmu memproses dadah yang dipelajari sejak puluhan tahun lalu kepada beberapa ‘anak muridnya’.

“Kita sedang mengesan mereka yang menjadi ‘anak murid’ kepada suspek ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.

Menurutnya, pada operasi itu polis merampas dadah jenis heroin, ganja dan beberapa peralatan memproses dadah yang dianggarkan bernilai RM126,840 selain menyita sebuah kereta jenis Honda Civic.

Beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati tiga daripadanya positif dadah dan mereka direman selama tujuh hari sehingga 24 November depan untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI