fbpx

Pakai pelitup muka, elak jangkitan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham.

PETALING JAYA – Kerajaan mewajibkan setiap individu memakai satu pelitup muka bagi mengelak daripada jangkitan Covid 19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, perlindungan dari dijangkiti juga dapat ditingkatkan dengan penggunaan pelitup muka berganda.

“Pemakaian pelitup muka berganda boleh meningkatkan perlindungan daripada jangkitan.

“Ini melibatkan memakai pelitup muka kain di bahagian luar dan pelitup muka pembedahan di bahagian dalam,” katanya dalam satu ciapan di Twitternya tadi.

Kosmo! sebelum ini melaporkan satu hantaran tular di Twitter milik @AdibahOj memaparkan wanita warga asing tidak memakai pelitup muka.

Lantaran itu, polis membuka kertas siasatan berhubung kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 dipercayai berlaku di laluan pejalan kaki Taman KLCC di sini. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI