fbpx

Kepada yang kecewa, saya minta maaf – Haqiem Rusli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAQIEM RUSLI dan Sofea selamat bernikah petang semalam dan mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka di Cyberjaya malam tadi.

CYBERJAYA – Tanpa sedar, berita perkahwinan Haqiem Rusli, 24, dan pasangannya, Anis Sofea, 19, telah mengecewakan banyak hati peminat wanita di luar sana.

Mengakui menyedari hal tersebut, pelantun lagu Tergantung Sepi itu memberitahu luahan rasa kecewa yang dirasai segelintir peminatnya ialah perkara normal yang harus dihadapinya sebagai seorang selebriti.

“Daripada apa yang saya baca, saya boleh rumuskan 80 peratus daripada jumlah peminat tidak rasa kecewa, manakala hanya 20 peratus sahaja yang patah hati tetapi sebenarnya mereka sangat matang.

“Buktinya kelab peminat saya Qiemillio mengadakan doa selamat secara virtual sempena majlis perkahwinan saya. Itu sekali gus membuktikan mereka matang walaupun patah hati. Apa pun saya minta maaf jika ada yang kecewa selepas bertukar status sebagai suami orang,” katanya selepas majlis resepsi yang berlangsung di SkyGlass,  Cyberjaya semalam.

Haqiem juga mahu peminat menerima berita perkahwinannya dengan hati yang terbuka.

“Sudah lumrah manusia, semua punya naluri nak hidup berpasangan, begitu juga saya.

“Mereka (peminat) juga akan berkahwin, jangan risau nanti saya pula yang hadir pada majlis mereka,” seloroh pelantun lagu Jatuh Bangun itu.

Sempat menitipkan ucapan, penyanyi kelahiran Hulu Langat itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa mendoakan kebahagiaan bersama isteri.

“Terima kasih tidak terhingga kepada semua atas doa yang diberikan untuk kami.

“Semoga setiap doa kalian membuatkan rumah tangga yang baru dibina ini sentiasa dirahmati Allah SWT,” katanya lagi.

Untuk rekod, selepas dua kali lafaz, Haqiem atau Ridzuan Haqiem Rusli, 24, selamat mendirikan rumah tangga bersama Sofea atau nama penuhnya Wan Anis Sofea Wan Zamzuri dalam sebuah majlis di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya sekitar pukul 3.40 petang semalam.

Paling mencuri perhatian ialah wang hantaran yang diberikan pihak Haqiem kepada Sofea iaitu berjumlah RM100,000 dan juga sebentuk cincin bertatahkan berlian terbaik dunia iaitu Heart of Fire. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI