fbpx
Perkongsian Viral Perak berkenaan keadaan semasa di MAPS yang kelihatan suram dan dipenuhi semak samun.

MAPS dahulu ceria kini bertukar suram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Suasana gembira di taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) kini bertukar suram dan ditumbuhi lalang-lalang selepas penutupannya akibat terkesan dengan pandemik Covid-19.

Menerusi perkongsian beberapa keping gambar oleh Viral Perak di laman sosial Facebook, memaparkan keadaan terkini taman tema MAPS yang semakin usang dan dipenuhi dengan semak samun.

Berikutan gambar tersebut rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi dan ada juga yang hairan akan penutupan taman tema tersebut yang baru sahaja beroperasi tiga tahun lalu.

Beginilah keadaan pintu masuk ke MAPS.

Perkongsian berkenaan mendapat lebih 3,900 reaksi dan dihujani lebih 1,300 komen di laman Facebook.

Seorang pengguna @Ros Asmah Zahari berkata, dia berharap Kerajaan Negeri Perak dapat membangunkan semula MAPS kerana kawasan tersebut merupakan salah satu tempat perlancongan yang menarik.

“Saya sekeluarga pernah pergi sini, budak-budak suka sangat dengan tempat ini, memang kami ada hajat nak datang lagi selepas ini. Saya harap kerajaan Perak bangunkan semula tempat ini,” ujarnya.

Sementara itu, @Roy Asy’ary berkata, kawasan yang tidak begitu strategik ditambah lagi dengan harga tiket yang sangat mahal menjadikan salah satu punca orang ramai tidak mahu datang ke tempat itu.

“Tempat tak strategik, sangat panas selepas itu harga tiket mahal dan tak seronok pun untuk golongan dewasa, kalau untuk kanak-kanak mungkin boleh dilayan, kalau boleh saya bagi cadangan tempat itu sesuai kalau buat ‘track’ (litar) lumba kereta sahaja,” komennya. – K! ONLINE.

POPULAR