fbpx

Khutbah Jumaat berkisah isu jenayah komersial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Krisis pandemik Covid-19 telah membawa kepada penggunaan teknologi yang meningkat di kalangan rakyat sekali gus terdedah dengan pelbagai ancaman dan serangan siber.

Menurut khutbah Jumaat dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan hari ini, trend jenayah komersial khususnya dalam talian semakin meningkat yang memberi impak negatif kepada ramai mangsa dan perlu dipandang serius oleh semua pihak.

Berdasarkan kandungan khutbah yang bertajuk ‘Kesedaran ‘Jenayah Komersial Kesejahteraan Komuniti’ itu juga, jenayah penipuan siber adalah salah satu perbuatan yang mengambil harta orang lain secara haram.

Katanya, terdapat mangsa yang mengalami kesan sampingan seperti masalah mental dan sosial kerana terkesan setelah mengalami kerugian sehingga ratusan ribu ringgit akibat terpedaya.

Tegasnya, masyarakat tidak boleh hanya bergantung kepada pihak kerajaan dan berkuasa sahaja untuk membendung jenayah komersial yang boleh menggugat ketenteraman awam.

”Pengguna media sosial juga perlu memainkan peranan kerana tanggungjawab ini bukan sahaja terletak di tangan pihak berkuasa.

”Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial telah menganjurkan Kempen Pencegahan Jenayah Komersial (Jenayah Dalam Talian) 2021 dalam usaha untuk menangani dan mendidik masyarakat mengenai tanggungjawab bersama dalam memerangi jenayah siber ini,” jelasnya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI