fbpx

[VIDEO] Jasad Ahmad Azza Fahmi, Muhamad Syafiq dituntut ahli keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Van jenazah yang membawa dua anggota polis maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru awal pagi semalam meninggalkan pekarangan Jabatan Perubatan Forensik HSI, di sini pada pukul 9.15 pagi.

JOHOR BAHRU – Van jenazah yang membawa jasad dua anggota polis yang maut dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, awal pagi semalam dibawa keluar meninggalkan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.

Dua buah kenderaan tersebut dilihat meninggalkan pekarangan jabatan berkenaan pada pukul 9.15 pagi.

Proses bedah siasat kedua-dua anggota berkenaan selesai, semalam.

Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, akan dibawa ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor untuk disembahyangkan dan diberi penghormatan terakhir.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dijadual akan mengadakan sidang akhbar berhubung kejadian berkenaan selepas solat jenazah selesai.

Kedua-dua jenazah tersebut kemudian akan dibawa pulang ke kampung halaman masing-masing iaitu di Bidor, Perak dan Kuantan, Pahang untuk disemadikan.

Terdahulu, pegawai dan anggota polis beserta kenderaan peronda dilihat mula memasuki dan berkumpul di kawasan berkenaan pada pukul 6.30 pagi.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, dua anggota polis maut akibat ditetak dan ditembak seorang suspek lelaki yang dipercayai merupakan ahli kumpulan Jemaah Islamiyah (JI). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI