fbpx

Dua ditahan depan Istana Negara dakwa mahu jumpa Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Dua lelaki tempatan ditahan polis kerana cuba menceroboh Istana Negara, Jalan Sultan Abdul Halim, di sini, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, anggota polis melihat kereta Perodua Kembara cuba memasuki istana melalui Pintu 3 kira-kira pukul 4.40 petang.

“Mereka mendakwa ingin berjumpa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

“Kita menjumpai sebilah parang dalam kereta yang dinaiki suspek sebelum bertindak menahan dua lelaki terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, suspek berusia 29 dan 37 tahun itu didapati negatif dadah manakala kes disiasat di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.

“Kesemua suspek ditahan reman selama empat hari mulai hari ini sehingga Selasa bagi tujuan siasatan lanjut,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI