fbpx

Lelaki pecahkan cermin kenderaan wanita guna kayu golf didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang telah memecahkan cermin hadapan kenderaan milik seorang wanita menggunakan sebatang kayu golf pada 6 April lalu bakal dituduh di mahkamah, esok.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, semakan lanjut mendapati suspek mempunyai 17 rekod lampau atas pelbagai kesalahan berkaitan jenayah dan dadah.

“Kami dapati, suspek berada di bawah pengaruh dadah ketika melakukan jenayah tersebut. Ujian air kencing yang dijalankan mengesahkan suspek positif dadah jenis metamfetamin dan morfin.

“Suspek telah dibawa ke Mahkamah Ampang bagi permohonan tahanan reman selama empat hari bermula 18 Mei hingga 21 Mei dan akan dituduh di Mahkamah Majistret Ampang di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, esok,” katanya.

Mohd Azam berkata, suspek telah bertindak memukul cermin hadapan kenderaan wanita tersebut dengan kayu golf sehingga pecah di Kondominium Sri Ampang, Selangor kira-kira pukul 3 petang.

“Pada waktu tersebut, mangsa sedang berada di dalam kereta bersama dua orang anak dan juga ibunya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI