fbpx

Serangan balai polis: 7 suspek termasuk warga Singapura direman 7 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HIDAYATUL (kiri) diiring pegawai polis ketika tiba di IPD Seri Alam, Johor Bahru hari ini bagi mengeluarkan perintah reman terhadap tujuh suspek berhubung serangan Balai Polis Ulu Tiram semalam.

JOHOR BAHRU – Tujuh suspek termasuk seorang warga Singapura yang ditahan berhubung kes serangan di Balai Polis Ulu Tiram, di sini awal pagi semalam direman tujuh hari, bermula hari ini.

Perintah reman terhadap mereka yang berusia 19 hingga 62 tahun itu dikeluarkan Majistret Hidayatul Syuhada Samsudin.

Proses itu dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, bukannya di Mahkamah Majistret di sini dipercayai atas sebab-sebab keselamatan.

Antara individu yang direman ialah bapa suspek yang maut ditembak dalam tragedi berdarah semalam serta dua penuntut institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Bustaman Menon Abdul Hamid Menon, Sulaiman Zamani dan Muhammad Zahier Rosli mewakili kesemua tertuduh kecuali warga Singapura.

Dalam kejadian semalam, dua anggota polis maut selepas ditetak dan ditembak seorang penceroboh yang memakai openg dan bersenjata parang. Selain anggota polis tersebut, penyerang turut mati ditembak.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI