fbpx

Anak dah tiga, tak penat ke berlakon? – Ini jawapan Fasha Sandha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESKIPUN sibuk dengan kerja, namun keutamaan Fasha tetap untuk tiga cahaya matanya.

PETALING JAYA – Sebagai seorang ibu dan pada masa sama bekerja dalam lapangan yang sentiasa sibuk memerlukan seseorang wanita itu perlu bijak menyeimbangkan kehidupan.

Bekerja tanpa henti membuatkan aktres Fasha Sandha dilayangkan persoalan tentang dirinya yang mendepani kehidupan sebagai seorang ibu dan pelakon yang sentiasa sibuk di set penggambaran.

Menurut Fasha, kedua-duanya sama penting buat dirinya kerana anak merupakan harta, manakala lakonan pula adalah minatnya.

Dia berkata demikian dalam satu hantaran InstaStory selepas ditanya sama ada dirinya berasa penat berlakon memandangkan sudah mempunyai tiga orang anak.

“Dua hari lepas, ada orang tanya saya, tak penat ke berlakon? Dalam Malaysia memang ramai heroin tapi awak anak dah tiga orang, masih aktif berlakon, sibuk di set penggambaran tanpa henti,” tulisnya.

Menjawab persoalan tersebut, pelakon drama Scammer itu berkata, dia suka bekerja meskipun sedar anak-anaknya semakin membesar lebih-lebih lagi cahaya mata ketiganya, Aisha Amaira yang kini sudah berusia setahun tiga bulan akan mula memasuki ‘playschool’ tidak lama lagi.

“Saya suka berlakon. Itu adalah minat dan hidup saya. Tak kisahlah berapa orang anak dan badan dah tak sekecil umur 18 tahun dulu.

“Apa yang penting, selagi ada minat dan tenaga, saya akan terus berkarya dan mencungkil ilmu. Sebab ilmu itu luas dan takkan pernah habis atau terhenti,” katanya.

Biarpun cukup dikenali sebagai pelakon serba boleh dan setiap lakonannya membekas dalam jiwa penonton, namun pelakon berusia 37 tahun itu tetap menjadikan rakan-rakan pelakon lain sebagai inspirasinya dalam berkarya.

“Fauziah Nawi dan Nabila Huda adalah sumber inspirasi saya. Semoga saya tetap kuat untuk berkarya seperti mereka.

“Saya sangat suka dan minat dengan bakat serta energi mereka dalam karya, ‘love’,” ujarnya lagi.

Sekadar info, Fasha memiliki tiga orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 8, Putri Raysha Jemima, 7, daripada perkahwinan terdahulu dan Aisha hasil perkongsian hidup dengan pelakon Aidil Aziz. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI