fbpx

Tiada yang sempurna, ini dunia bukan syurga – Kapten Affendi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran pernah dibuat Allahyarham Kapten Mohamad Affendi di Facebooknya sebelum ini.

PETALING JAYA- ‘Tiada yang sempurna, ini dunia bukan syurga,’. Itu antara hantaran Facebook yang pernah ditulis Kapten Mohamad Affendi Bustamy sebelum Allahyarham terkorban dalam insiden pesawat Hawk 108 malam semalam.

Hantaran ditulis Kapten Mohamad Affendi di laman Facebook miliknya pada 25 Jun lalu itu dikongsi salah seorang rakan beliau dikenali sebagai Aman Nazman.

Menurut lelaki itu, dia berasa terkejut selepas mendapat perkhabaran bahawa Kapten Mohamad Affendi telah pergi buat selama-lamanya.

“Pemergian pula ketika dalam melaksanakan tugas penerbangan di malam hari, sungguh cemburu.

“Banyak kenangan terimbau sejak sama-sama melapor diri di Pangkalan Udara Butterworth,” tulisnya tadi.

Pada masa sama, Aman Nazman turut berkongsi hantaran pernah dibuat Kapten Mohamad Affendi di Facebook dengan menyifatkannya sebagai begitu memberi motivasi.

“Terdetik nak tengok kembali status-status, walaupun ringkas tetapi penuh motivasi.

“Semoga roh tuan dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” tulisnya.

Antara hantaran pernah ditulis Kapten Affendi di Facebook sebelum ini termasuklah ‘bintang ku tinggi di atas’, ‘jangan tertipu dengan usia muda kerana syarat untuk mati tidaklah harus tua’, ‘hidup berakal mati tak berhantu’ dan ‘hilang pandangan dalam mata’.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang terbunuh manakala seorang lagi cedera selepas pesawat jenis Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Pangkalan Udara Butterworth kira-kira pukul 10 malam semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi ciapannya di Twitter memaklumkan, beliau dimaklumkan mengenai insiden berkenaan oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad.

“Baru terima panggilan daripada Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad memaklumkan insiden pesawat Hawk 108 yg terhempas di Butterworth tadi (semalam).

“Seorang anggota kehilangan nyawa, seorang lagi cedera,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI