fbpx
Salah seorang anak Nurul Musfirah yang mengalami keracunan makanan selepas memakan cendawan busut di Kampung Nyiur, Paka, Dungun pada kelmarin.

Sembilan sekeluarga keracunan selepas makan cendawan goreng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN – Gara-gara memakan cendawan busut goreng, sembilan sekeluarga yang menetap di Kampung Nyiur, Paka di sini mengalami keracunan makanan hingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Dungun di sini pada kelmarin.

Nurul Musfirah Ghazali, 32, dan suami serta tujuh daripada lapan anak mereka yang berusia empat hingga 13 tahun mengalami muntah-muntah sebelum sebahagian daripada mereka rebah tidak sampai sejam selepas menikmati cendawan busut goreng sebagai hidangan tengah hari.

Mengimbas kembali kejadian itu, Nurul Musfirah berkata, sebelum kejadian, dia mengutip cendawan busut itu yang tumbuh berhampiran dari rumahnya sebagai sebahagian hidangan makan tengah hari.

“Saya cuma mengutip empat batang cendawan itu sebelum menggorengnya dengan kacang panjang. Semua ahli keluarga saya memakannya kecuali anak bongsu yang baru berusia setahun lebih.

“Tidak sampai sejam selepas itu, saya dan suami, Muhammad Nurhadi, 36, dan tujuh anak saya tidak berasa selesa dan panas membahang pada bahagian perut sebelum muntah-muntah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Nurul Musfirah berkata, suaminya kemudian menggagahkan diri memandu van untuk membawa semua ahli keluarga mereka yang terlibat ke Klinik Kesihatan Paka di sini untuk mendapatkan rawatan.

“Kami kemudiannya dikejarkan ke Hospital Dungun di sini untuk menerima rawatan lanjut dengan ambulans. Alhamdulillah, kami sekeluarga stabil dan dibenarkan keluar dari wad selepas tiga hari (hari ini).

“Pegawai kesihatan yang mengambil sampel cendawan yang kami makan tidak menolak kemungkinan keracunan kami disebabkan oleh cendawan itu,” katanya. – K! ONLINE

POPULAR