fbpx

Jenazah Kapten Mohamad Affendi selesai dibedah siasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Kapten Mohamad Affendi selesai dibedah siasat di Hospital Seberang Jaya.

SEBERANG PERAI – Jenazah juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkorban dalam kejadian pesawat terhempas di Pangkalan Udara Butterworth di sini malam tadi selesai dibedah siasat hari ini.

Proses bedah siasat jenazah Kapten Mohamad Affendi Bustamy, 31, dibuat di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini bermula kira-kira pukul 9 pagi tadi dan dibawa keluar dengan van jenazah kira-kira pukul 2 petang.

Difahamkan jenazah akan dikebumikan di kampung halamannya di Bandar Muadzam Shah, Pahang.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan Mohamad Affendi meninggal dunia manakala, Mejar Mohd Fareez Omar yang cedera dikejarkan ke HSJ selepas pesawat Hawk 108 terhempas berdekatan landasan Pangkalan Udara Butterworth di sini pada pukul 10.07 malam tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI