fbpx

Semak semula jadual perjalanan feri bot laju Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Feri bot laju sementara yang menggantikan perkhidmatan feri ikonik bagi menghubungkan Seberang Perai dan bahagian pulau di Pulau Pinang

GEORGE TOWN – Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) digesa agar menyemak semula jadual perkhidmatan feri bot laju kerana terdapat selang masa menunggu sehingga dua jam pada beberapa perjalanan yang dikhuatiri menyebabkan kesulitan khususnya kepada penumpang pejalan kaki.

Perkhidmatan itu menghubungkan kawasan Seberang Perai dan bahagian pulau di negeri ini bagi menggantikan perkhidmatan feri ikonik.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, pejalan kaki amat bergantung kepada perkhidmatan feri bot laju kerana mereka mungkin tidak mempunyai kenderaan sendiri dan juga tidak mampu menggunakan teksi kerana tambang agak mahal.

“Pejalan kaki tiada pilihan dan hanya bergantung kepada perkhidmatan feri bot laju walaupun terpaksa menunggu dalam jangka masa yang agak lama.

“Selang dua puluh minit hingga setengah jam adalah lebih munasabah bagi satu perjalanan, namun jika pengguna terpaksa menunggu hingga ke dua jam untuk satu perjalanan ia adalah tidak munasabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menerusi semakan di laman web PPSB, terdapat beberapa trip yang mempunyai selang masa menunggu sehingga satu dan dua jam, manakala bagi sesi pagi dan waktu puncak masa menunggu adalah sekitar 30 minit.

Sementara itu Mohideen menambah, PPSB juga tidak boleh mengharapkan penumpang pejalan kaki untuk merancang perjalanan mereka mengikut jadual feri bot laju kerana dua jam masa menunggu adalah terlalu lama serta membuang masa penumpang.

“Jika PPSB berpendapat bahawa masa menunggu dua jam ini diperlukan untuk mengurangkan kos operasi, maka ia adalah salah kerana operasi pengangkutan awam tidak boleh dianggap sebagai usaha menjana pendapatan,” katanya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI