fbpx

Khidmat pengiring bekas PM kekal hingga rayuan mahkamah selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Acryl Sani

Oleh NOR AZIAH

PETALING JAYA – Perkhidmatan pengiring keselamatan dan trafik bagi bekas-bekas Perdana Menteri disediakan mengikut akta undang-undang yang telah ditetapkan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihak PDRM memberikan perkhidmatan berkenaan kepada semua bekas Perdana Menteri buat masa ini.

Menurutnya, bagi mana-mana bekas Perdana Menteri yang sedang berhadapan tindakan undang-undang, PDRM akan mengekalkan kelayakan kemudahan menggunakan khidmat pengiring keselamatan dan pengiring trafik kepada mereka sehingga proses rayuan dimuktamadkan oleh mahkamah

“Sejak akhir-akhir ini, polis mengesan beberapa pihak yang mempertikaikan keistimewaan pengiring keselamatan dan pengiring trafik bagi bekas-bekas PM.

“Khidmat pengiring keselamatan dan pengiring trafik bagi bekas-bekas Perdana Menteri disediakan berdasarkan kepada peruntukan di bawah Akta 237 Ahli Parlimen (Saraan) 1980,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI