fbpx

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham.

PUTRAJAYA – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt mencatatkan peningkatan sejak 6 November lalu biarpun kebanyakan indikator utama seperti purata kes aktif, kematian dan kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun.

Berdasarkan analisis semasa jangkitan Covid-19 sehingga 13 November iaitu Minggu Epidemiologi (ME) ke-45, sebanyak 2,541,147 kes kumulatif Covid-19 dilaporkan dengan 64,047 kes aktif dan 29,631 kes kumulatif kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan kadar kebolehjangkitan itu memberi kesan apabila kes baharu Covid-19 juga meningkat 11 peratus pada ME ke-45 berbanding minggu sebelumnya.

“Situasi ini kekal membimbangkan Kementerian Kesihatan (KKM) kerana peningkatan kes baharu dan nilai Rt daripada minggu sebelumnya menggambarkan potensi penularan jangkitan Covid-19 kepada masyarakat, seterusnya risiko pendedahan yang lebih tinggi untuk dijangkiti oleh virus tersebut.

“Sebagai makluman, peningkatan nilai Rt berkadar terus dengan peningkatan kes baharu Covid-19 terutamanya jika langkah-langkah pencegahan tidak diamalkan sepenuhnya oleh semua pihak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pada ME ke-45 dari 7 November hingga 13 November, kes baharu meningkat 11 peratus iaitu daripada 35,303 kes (ME ke-44) kepada 39,181 kes(ME ke-44) manakala, purata kes aktif menurun 5.0 peratus iaitu daripada 65,573 kes (ME ke-44) kepada 62,224 kes (ME ke-45).

“Penurunan kes aktif ini dilihat konsisten sejak 10 minggu lalu. Kes kematian juga menurun 1.3 peratus iaitu daripada 380 kes (ME ke-44) kepada 375 kes (ME ke-45) dan purata kes di ICU juga menurun 2.0 peratus iaitu 516 kes (ME ke-44) kepada 504 kes (ME ke-4).

“Kes yang memerlukan alat bantuan pernafasan menunjukkan penurunan 13.2 peratus dari 214 kes (ME ke-44) ke 186 kes (ME ke-45). Bagaimanapun, nilai Rt meningkat dari 0.96 (95 peratus CI 0.95 hingga 0.97) ke 1.05 (95 peratus CI 1.04 hingga 1.06) sejak 1 November,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI