fbpx

Pencapaian MyDigital jadi KPI menteri, MSC 2.0 bakal diperkenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapa

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menekankan kepentingan kesalinghubungan digital yang kini menjadi keperluan asas bagi segenap lapisan masyarakat.

Malah, ketika mempengerusikan mesyuarat keempat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR), beliau menekankan ekosistem yang mampan dan menyeluruh.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai merujuk perutusan pembukaan mesyuarat itu melalui sidang video hari ini.

“Kedua-dua sifat tersebut juga adalah penting bagi merancakkan Ekonomi Digital yang boleh memperkasakan dan meningkatkan taraf hidup rakyat,” katanya satu menerusi kenyataan hari ini.

Justeru, katanya, mesyuarat itu turut mengambil maklum kemajuan inisiatif di bawah Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital) dan Dasar 4IR Negara dilakukan pelbagai kementerian.

Pembangunan prasarana digital, ujarnya, juga adalah salah satu asas penting dalam usaha negara untuk segera mencapai matlamat Keluarga Malaysia yang makmur dan mampan.

Sehubungan itu, Ismail Sabri, jelas Mustapa, telah memutuskan bahawa pencapaian inisiatif MyDigital bakal dijadikan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi setiap menteri dan ketua jabatan.

Langkah ini, katanya, turut sejajar dengan pembentangan Bajet 2022 dengan beri fokus kepada 3M iaitu memulih kehidupan, membina semula daya tahan dan memangkin pembaharuan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI