fbpx

Jakoa dicadangkan buat pemetaan seni budaya Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rais ( tengah) menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada seorang wanita OA, hari ini.

KUALA LANGAT – Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dicadangkan melakukan pemetaan budaya bagi komuniti Orang Asli (OA) yang boleh diaplikasikan termasuk bagi industri pelancongan.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, berdasarkan rekod terdapat hampir 160,000 masyarakat OA di negara ini sebelum peruntukkan sebanyak RM200juta diagihkan kepada mereka termasuk bagi latihan dan peralatan lain.

Katanya, OA suku Mah Meri contohnya mempunyai kemahiran dalam seni ukiran kayu.

“Komuniti OA tidak boleh dianggap sebagai kumpulan penerima sahaja sebaliknya boleh menyumbang sesuatu kepda negara amnya dan kampung mereka khususnya.

“Dahulu, saya pernah membawa pengukir Mah Meri ke peringkat antarabangsa dan diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO),” katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan dan menyumbang 80 bakul makanan kepada masyarakat OA di sini.

Bakul makanan itu adalah sumbangan Yayasan Budi dan Yayasan al-Bukhari serta bantuan RM50,000 untuk latihan kepada generasi kedua pengukir komuniti Mah Meri.

Selain itu, komuniti Mah Meri diberikan peluang mempamerkan seni mereka di Wisma Yayasan Budi di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Menurut Rais, mereka yang telah mahir dalam bidang ukiran dijadikan adiguru kepada generasi akan datang dalam mengukir patung totem seperti Nenek Lanjut, Rimau Berantai dan Paku Kendur.

Ujarnya, malah digalakkan penulisan mengenai OA dilakukan penulis tempatan berbanding luar negara.

“Kalau tiada, seni dan budaya mereka akan pupus dan menjadi artifak muzium sahaja,” tegasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata akan mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Syukri mengenai kemungkinan seni industri OA boleh digunakan untuk pelancongan sekiranya mencapai standard yang membanggakan.

“Saya turut mencadangkan beliau (Nancy) melawat Perkampungan Budaya Mah Meri ini dan memberikan komitmen sewajarnya. Sudah tentu, saya yakin Nancy mempunyai kecenderungan untuk mengambil tahu dan membantu,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI