fbpx

Peraturan baharu sekat City, Newcastle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEWCASTLE yang dimiliki oleh konsortium perniagaan yang memiliki kekayaan luar biasa tidak boleh menggunakan kuasa wang mereka selepas peraturan ini dilaksanakan. – AFP

LONDON – Pemegang hak penganjuran Liga Perdana Inggeris merancang untuk mengeluarkan peraturan baharu bagi menghalang mana-mana kelab feeder ‘membantu’ kewangan kelab utama mereka di England secara sembunyi.

Peraturan itu dianggap pen­ting apabila sebelum ini berlaku situasi yang mana ada pihak didapati mengeluarkan wang untuk membayar sebahagian gaji para pemain dan pengurus kelab.

Sebuah laman sesawang bola sepak pada 2018 telah mendedahkan bahawa bekas pengurus Manchester City, Roberto Mancini menerima gaji daripada dua pihak yang berbeza iaitu daripada pihak kelab dan satu lagi dibayar oleh Al Jazira Sports and Cultural Club yang juga dimiliki oleh pemilik City, Sheikh Mansour.

Situasi itu berlaku apabila kelab-kelab kaya ini mahu mengelak daripada dikenakan tindakan menerusi Peraturan Kewangan Adil (FFP) yang memantau perbelanjaan dan kewangan semua kelab yang bertanding.

Pengenalan peraturan baharu ini dikaitkan dengan pengambilalihan Newcastle United oleh Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi yang memiliki kekayaan mega dan telahpun membuat kenyataan bahawa bersedia untuk mengikut model bola sepak yang diamalkan oleh City.

Menerusi peraturan baharu berkenaan, sebarang pembayaran gaji pemain dan staf termasuk penajaan perlu diisytiharkan kepada Liga Perdana Inggeris dan diambil kira dalam proses pematuhan terhadap FFP.

The City Football Group milik Sheikh Mansour memiliki 10 buah kelab bola sepak di seluruh benua dan pemilik baharu Newcastle juga dilaporkan sedang bercadang untuk menambah jumlah pemilikan kelab bola sepak mereka.

PIF Arab Saudi dan rakan perniagaan mereka dilaporkan berminat untuk mengambil alih pemilikan kelab Inter Milan dan Bordeaux selepas ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI