fbpx
Anggota bomba sedang menjalankan operasi menyelamat 51 mangsa yang terkandas di tapak perkelahan di Pondok Sungai Kenerong, Dabong, Kuala Krai semalam. FOTO IHSAN BOMBA.

51 pengunjung berkelah terperangkap kejadian kepala air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI – Seorang wanita mengandung berdepan detik cemas apabila menjadi salah seorang daripada 51 mangsa yang terperangkap dalam kejadian kepala air di tapak perkelahan di Pondok Sungai Kenerong, Dabong di sini semalam.

Daripada jumlah itu, seramai lima orang bayi bersama ahli keluarga mereka turut terperangkap dalam kejadian tersebut.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Dabong, Pegawai Bomba Kanan II Azwan Daud berkata, seramai enam anggota telah bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 5 petang.

Menurutnya, apabila tiba di lokasi kejadian, bomba mendapati terdapat mangsa yang terperangkap di kawasan perkelahan itu susulan limpahan air sungai akibat hujan lebat.

“Sebelum operasi menyelamat dimulakan, anggota penyelamat telah memakai sut peralatan perlindungan diri Covid-19 sebagai salah satu prosedur operasi standard (SOP) pencegahan jangkitan.

“Kita mengggunakan sebuah bot aluminium bagi memindahkan kesemua mangsa ke tempat selamat,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Tambahnya, kesemua mangsa berjaya diselamatkan dalam kejadian itu dan operasi tamat pada pukul 7.40 petang. -K! ONLINE.

POPULAR