fbpx

Maya pernah dibayar RM2,076 kerja ‘ekstra’ satu malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYA pernah muncul sebagai pelakon tambahan dalam filem Entrapment pada tahun 1999.

PETALING JAYA – Pelakon Maya Karin mendedahkan pernah menerima bayaran daripada produksi Hollywood sebanyak RM2,076 (AS$ 500) untuk kerja ‘ekstra’ satu malam.

Maya atau nama lengkapnya, Maya Karin Roelcke memaklumkan, sewaktu itu, dia baru sahaja berusia 17 tahun.

“Memang betul, ‘movie gig’ pertama saya ketika berusia 17 tahun terus masuk Hollywood (tertawa), (pelakon) ekstra sahaja.

“500 bucks (dolar) untuk kerja satu malam, sebagai seorang yang waktu itu berusia 17 tahun, that’s keching! (bayaran itu lumayan!), katanya menerusi satu ciapan dalam Twitter.

Maya, 42, menjawab persoalan yang dikemukakan seorang peminat tentang penglibatannya dalam filem berjudul Entrapment  lakonan Sean Connery dan Catherine Zeta-Jones.

“Is that you Maya Karin? (Adakah itu anda Maya Karin?) #Entrapment #Netflix,” soal sorang netizen dalam satu ciapan dalam Twitter.

Filem Entrapment merupakan sebuah filem genre aksi jenayah yang memaparkan kisah cinta antara penyiasat insurans dan penjenayah. Filem berkenaan telah diterbitkan pada tahun 1999.

Filem arahan sutradara Jon Amiel itu turut menjalani penggambaran di beberapa lokasi sekitar bandar raya Melaka dan Kuala Lumpur termasuk Menara Berkembar Petronas (KLCC) serta Stesen LRT Bukit Jalil.

Maya yang pernah menggondol trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Asia Pasifik mula mencipta nama menerusi naskah arahan Aziz M. Osman berjudul Seri Dewi Malam pada tahun 2001.

Antara filem lain yang memperkenalkan nama aktres kelahiran Jerman itu dalam persada perfileman tanah air adalah Pontianak Harum Sundal Malam, Waris Jari Hantu, 1957: Hati Malaya, Anak Halal, Duyung, Pisau Cukur dan Jwanita . – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI