fbpx
Janna Nick dan Dini Schatzmann.

Janna, Dini tampil ‘berbungkus’ gaya Kim K, Squid Game

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Selain Aina Abdul, penampilan pasangan kekasih Janna Nick dan Dini Azan Schatzmann di Anugerah Bintang Popular ke-34 (ABP34) turut mencuri tumpuan netizen dengan fesyen unik dan tersendiri.

Janna dan Dini dilihat tampil di anugerah tersebut dalam keadaan ‘berbungkus’ apabila mengenakan busana yang menutupi keseluruhan wajah mereka menggunakan topeng daripada material sekuin berkilauan.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagramnya, Janna atau nama lengkapnya Nurul Janna Muner, 26, menulis sedikit keterangan ringkas tentang penampilan dirinya dan Dini.

“Hanya kerana saya menggayakannya dengan baik, tak bererti tidak membebankan,” tulisnya dalam Instagram.

Janna muncul dengan busana sekuin rona perak hasil rekaan pereka fesyen, Wanpa manakala Dini tampil dengan sut berona hitam serta topeng bertulis angka enam.

Dalam platform media sosial antaranya Twitter, rata-rata netizen melabelkan pasangan itu sebagai ‘Kim K (Kim Kardashian) dan Squid Game versi Malaysia.

Terdahulu, penyanyi Aina Abdul mencuri perhatian netizen gara-gara gaun hitam sendat dan gumpalan kain pada bahagian kepala yang digayakannya.

Baju rekaan Behati tersebut menjadi tumpuan ramai susulan imej unik terutama pada bahagian kepala yang dilihat persis sekuntum bunga. – K! ONLINE

POPULAR