fbpx

312 penumpang feri terkandas di perairan Kuala Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian penumpang feri yang terkandas sejak pukul 9 malam tadi.

KUALA PERLIS – Seramai 312 penumpang feri dari Terminal Feri Penumpang Kuah, Langkawi terkandas selama dua jam di perairan Kuala Perlis selepas propeller atau kipas feri tersangkut tali pukat nelayan.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam ketika feri berada tidak jauh dari Terminal Feri Kuala Perlis.

Feri tersebut berlepas dari Terminal Feri Penumpang Kuah pada pukul 8 malam dan dijadualkan tiba di Terminal Feri Kuala Perlis kira-kira pukul 9 malam.

Keadaan penumpang bagaimanapun dalam keadaan terkawal.

Turut berada dalam feri ialah sekumpulan wartawan yang pulang selepas membuat liputan Majlis Perasmian Kempen Beli Barangan Malaysia peringkat kebangsaan di Dataran Chenang, Langkawi petang ini.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd., Kapten Baharin Baharom memberitahu, pihaknya mendapatkan bantuan bot nelayan untuk menunda feri masuk ke terminal.

Katanya, proses menunda sedang dijalankan.

“Konsortium juga memohon bantuan daripada penyelam daripada pasukan bomba bagi memotong pukat yang tersangkut pada propeller feri,” katanya di sini hari ini.

Beliau pada sama memohon nelayan supaya tidak memasang pukat di laluan feri kerana ia amat membahayakan keselamatan penumpang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI