fbpx

Penantian panjang peminat Hwasa terlerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HWASA

HAMPIR dua tahun tidak hadir dengan sebarang buah tangan untuk peminat, penyanyi Hwasa akhirnya muncul dengan naskhah solo tidak lama lagi.

Hwasa mengumumkan perkara tersebut secara rasmi kepada peminat menerusi hantaran dalam platform media sosial rasminya.

Tidak setakat itu, Hwasa atau nama sebenarnya Ahn Hye-jin turut mengeluarkan video trailer khas tentang kemunculan solonya.

“Akhirnya, ini adalah permulaan,” tulisnya ringkas dalam Instagram.

Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan tidak sabar dengan karya seni terbaharunya.

“Dia dah kembali. Akhirnya! Lama kami menantikan kemunculan anda. Hampir dua tahun,” komen seorang pengikut teruja.

Dua tahun lalu, penyanyi berusia 26 tahun itu memulakan gerakan sebagai penyanyi solo pada 13 Februari menerusi single Twit.

Dia yang merupakan penyanyi rap Mamamoo menjadi ahli ketiga dalam kumpulan itu yang bergerak secara solo selepas Solar dan Wheein.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI