fbpx

Mesyuarat Khas PRN DUN Sarawak 24 November depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Satu Mesyuarat Khas berkaitan urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-12 akan diadakan pada 24 November depan di Kuching, Sarawak.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, ia akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, dengan perkara akan dibincangkan pada mesyuarat yang bermula pukul 9 pagi itu ialah tarikh-tarikh penting PRN DUN.

Antara perkara lain yang akan dibincangakan, katanya, adalah seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain persiapan-persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

“Satu sidang akhbar akan diadakan sejurus selepas mesyuarat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI