fbpx

Harith Zazman umum isteri hamil dalam video muzik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harith berkongsi kegembiraan mengenai berita bakal menimang cahaya mata pertama yang diterjemahkan menerusi MV Shut Up.

PETALING JAYA – Selepas meledak dengan single, Cute (Stop Lah So Being Cute) pada tahun lalu, kali ini penyanyi Harith Zazman mempertaruhkan pula lagu Shut Up yang turut menampilkan insan istimewa iaitu isteri tercinta dalam muzik video (MV).

Lebih bermakna, Harith turut berkongsi kegembiraan mereka bakal menimang cahaya mata pertama yang diterjemahkan menerusi MV tersebut.

“Sejujurnya Shut Up sangat peribadi kerana bukan sekadar lagu solo pertama saya, malah muzik video (MV) yang direalisasikan juga menyelitkan elemen kejutan mengenai kehidupan saya dan isteri.

“Jika MV Cute dahulu kami masih dalam fasa awal perkenalan, menerusi Shut Up seolah-olah penonton mengikuti fasa kehidupan kami yang sudah melangkah ke alam perkahwinan dan bakal bergelar ayah dan ibu pula.

“Begitupun, seperti buah tangan terdahulu, lagu yang saya persembahkan kali ini juga masih berkait rapat dengan situasi sama yang barangkali turut dilalui pendengar lain.

“Macam ketiga-tiga lagu sebelum ini pun saya tulis berdasarkan pengalaman. Konsep lagu pun pada awalnya menunjukkan saya yang ‘insecure’ namun sejak awal perhubungan dia yang banyak tenangkan saya ,” katanya.

Harith atau nama sebenar Mohammad Harith Saifuzzaman, 27, mendirikan rumah tangga dengan pensohor media sosial, Nuramalina Ghakashah, 29, pada Ogos lalu.

Hubungan mereka semakin akrab selepas Nuramalina atau Lee terbabit dalam penggambaran video muzik lagu penyanyi tersebut tahun lalu.

Kisah percintaan mereka menarik disebabkan Harith sebenarnya meminati instafamous itu hingga mencipta lagu Cute khas untuknya sebelum meminta Lee menjadi model bagi video mereka.

Sementara itu, bercerita lagi mengenai MV Shut Up, katanya pendekatan untuk konsep video ini sangat menarik kerana mengetengahkan elemen futuristik dan makhluk angkasa.

“Cetusan idea untuk video muzik yang mengambil tema angkasa lepas dan ‘alien’ ini adalah daripada pengarah MV iaitu Hafreez Amminuddin.

“Jalan ceritanya juga mudah yang menonjolkan pasangan makhluk asing. Si isteri berasa kurang selamat dengan ‘alien’ lain tetapi suami pujuk,” kongsinya lagi mengenai MV yang dilancarkan hari ini.

Single Shut Up adalah ciptaan bersama Harith dengan Mage, Pique dan Fahimi Rahmat yang dilancarkan secara rasmi sejak 1 Oktober lalu bawah terbitan syarikat rakaman Faithful.

Luah Harith, tiada masalah sepanjang rakaman mahu pun penerbitan MV namun jauh di sudut hati dia bimbang menunggu maklum balas ramai terhadap penampilan solo pertamanya.

“Saya risau dengan sambutan kerana kalau berkolaborasi dengan artis lain tentu peminat mereka akan dengar sekali, itu yang buat saya gementar.

“Bagi saya kalau tak cuba sekarang bila lagi? Mungkin selepas ini saya cabar diri bawakan genre balada pula iaitu selepas saya selesai mengikuti kelas vokal.

“Jika nak nyanyi lagu balada atau bernada tinggi kena tunggu betul- betul mahir,” katanya yang turut mengajak peminat menyertai cabaran #ShutUpTolongDiam di aplikasi TikTok. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI