fbpx

Harith Zazman, isteri hamil lima bulan disahkan positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARITH memaklumkan isterinya yang kini hamil lima bulan turut disahkan positif Covid-19.

PETALING JAYA – Penyanyi yang sedang meningkat naik Harith Zazman dan isteri, Nuramalina Ghakashah yang kini hamil lima bulan dijangkiti Covid-19 sejak Selasa lalu.

Harith, 28, yang terkenal dengan lagu Cute (Stop Lah So Being Cute) itu bagaimanapun memaklumkan isterinya kini berada dalam keadaan baik dan sedang menjalani kuarantin di kediaman mereka sehingga 20 Januari depan.

Mengakui risau kerana isteri sedang sarat hamil anak sulung, Harith atau nama sebenarnya Mohamad Harith Saifuzzaman bagaimanapun tetap bersyukur simptom yang dialami Amalina tidak begitu serius.

“Kami tak mengalami gejala teruk cuma risau keadaan isteri yang sedang berbadan dua kerana mempunyai simptom seperti sakit tekak, selesema dan batuk namun kini sudah beransur pulih.

“Ketika mendapat tahu positif Covid-19, kami terus buat pemeriksaan dan doktor memaklumkan isteri serta bayi dalam kandungan dalam keadaan baik dan dibenarkan untuk menjalani tempoh kuarantin di rumah,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Dalam pada itu, dia turut melahirkan rasa pelik bagaimana boleh dijangkiti virus maut tersebut.

“Saya sebenarnya pelik juga bagaimana boleh dijangkiti virus ini.

“Apapun saya reda dan mungkin ada hikmah daripada semua ini. Dapat juga kami luangkan lebih banyak masa bersama di rumah,” katanya lagi.

Berkongsi berita gembira mengenai kehamilan isterinya, Harith memaklumkan bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.

“Alhamdulillah kami bakal menimang cahaya mata lelaki. Isteri tidak alami alahan teruk, hanya muntah-muntah sahaja,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Kosmo! pada 12 November lalu melaporkan Harith berkongsi kegembiraan bakal menimang cahaya mata pertama menerusi video muzik single baharunya, Shut Up. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI