fbpx

Nabila Razali kini penyeri Cute

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARITH, NABILA dan LOCA B.

MELONJAKKAN momentum lagu Cute (Stoplah Being So Cute) yang mencapai 7.5 juta tontonan sejak dilancarkan dua bulan lalu, Harith Zazman, MFMF. dan Loca B kini menjemput penyanyi dan pelakon terkenal Nabila Razali untuk berkolaborasi menghasilkan versi remix lagu berkenaan dengan judul Cute (Nabila Razali Remix).

Jika sebelum ini Cute (Stop Lah Being So Cute) dinyanyikan daripada perspektif lelaki, kali ini Cute versi Nabila Razali diberikan nafas baharu apabila liriknya diolah semula menggambarkan subjek dilamun cinta daripada perspektif wanita.

 

Keistimewaan lagu berkenaan bukan sahaja terletak pada kemunculan Nabila Razali sebagai penyeri tetapi fokus yang diberi kepada Nabila Razali dan Loca B dalam menerajui Cute menjadi lebih feminin.

Baharu sahaja dilancarkan pada 14 Ogos yang lalu, video muzik rasmi Cute (Nabila Razali Remix) arahn penyanyi asalnya Harith Zazman sudah berjaya menjana hampir sejuta tontonan.

Mengulas tentang penglibatan Nabila dalam versi remix, Brendan Lim yang bercakap bagi pihak kumpulan MFMF selaku penerbit rakaman berkata, pihaknya berbesar hati kerana Nabila sudi terlibat dalam projek berkenaan

“Sebagai penyanyi dan juga pelakon yang berpengalaman, Nabila memberi nilai tambah kepada lagu ini. Bekerjasama dengan Nabila merupakan suatu pengalaman yang unik dan tidak dapat dilupakan,” kata Brendan.

Terdahulu, bermula dengan hantaran klip video menerusi TikTok, personaliti media sosial Harith yang asalnya seorang persoaliti media sosial berjaya mencuri perhatian peminat apabila mendendangkan lagu ciptaannya Cute (Stop Lah Being So Cute).

Berbekalkan melodi dan lirik yang catchy serta nyanyian bersahaja, hantaran video berdurasi 15 saat tersebut telah ditonton lebih 1.5 juta kali dalam aplikasi tersebut.

Malah klip lagu nyanyiannya turut digunakan oleh selebriti seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Nora Danish, Fattah Amin, Zulin Aziz, Alvin Chong dan Saharul Ridzwan sebagai muzik latar video TikTok.

Sejak dilancarkan secara rasmi pada 19 Jun lalu, lagu Cute (Stop Lah Being So Cute) nyanyian Harith bersama kumpulan MFMF dan rapper Loca B, berjaya mencipta fenomena tersendiri apabila muzik video rasmi lagu tersebut berada pada kedudukan pertama carta trending dalam YouTube dan menjana lebih 2.3 juta tontonan dalam tempoh seminggu.

Kini,versi Cute (Nabila Razali Remix) ciptaan bersama Harith, MFMF. dan Loca B terbitan MFMF Productions dan Faithful Music dengan kerjasama Universal Music Malaysia sebagai pengedar, boleh didapati menerusi platform digital seperti Spotify, Apple Music, iTunes, JOOX, KKBox dan juga Deezer.

Muzik video rasmi lagu Cute (Nabila Razali Mix) boleh ditonton menerusi saluran YouTube Harith Zazman. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI