fbpx

RM150 juta peruntukan PRN Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Peruntukkan sebanyak RM150 juta perlu disediakan oleh kerajaan bagi menjalankan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kos tersebut adalah termasuk perolehan peralatan pilihan raya, pembangunan ICT, logistik dan elaun pekerja pilihan raya.

“Semua ini merangkumi perolehan peralatan pilihan raya, pembangunan ICT, logistik, elaun petugas dan keperluan-keperluan lain yang berkaitan termasuk keperluan peralatan Covid-19.

“Itu juga mengambil kira pelaksanaannya mengikut garis panduan pencegahan Covid-19 bagi pelaksanaan pilihan raya,” katanya ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Wong Ling Biu (Sarikei-PH) yang meminta kerajaan mendedahkan berapa jumlah peruntukan untuk PRN Sarawak.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRN Sarawak akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembatalan proklamasi darurat di negeri tersebut pada 3 November lalu.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, Seksyen 3(3) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu)(Sarawak) 2021 menetapkan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) hendaklah terbubar pada tarikh proklamasi darurat dibatalkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI