fbpx

Raducanu tersingkir awal lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RADUCANU terus berdepan krisis prestasi apabila tersingkir seawal pusingan pertama di Kejohanan Wanita Austria awal pagi semalam. – AFP

LINZ, Austria – Pemain tenis sensasi Britain, Emma Raducanu menamatkan Siri Jelajah WTA musim ini dengan langkah kiri selepas ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan pertama pada Kejohanan Wanita Austria di Linz awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, Raducanu yang mencipta kejutan dengan menjuarai Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada September lepas, terpaksa akur dengan kekuatan pemain kelahiran China, Wang Xinyu dengan keputusan 1-6, 7-6, 5-7.

Kata Raducanu, keputusan itu bukanlah sesuatu yang mengecewakan kerana dia telah memberikan aksi terbaik di atas gelanggang tetapi pujian wajar diberikan kepada Xinyu yang lebih agresif pada set penentuan.

“Saya berpuas hati dengan apa yang saya pamerkan dan tidak kecewa apabila gagal melangkah lebih jauh pada kejohanan ini. Saya telah memberikan tentangan yang sengit tetapi nasib lebih memihak kepada Xinyu dan tahniah diucapkan kepadanya,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Raducanu turut mengesahkan bakal menjalin kerjasama de­ngan ketua jurulatih, Torben Beltz yang akan membantunya untuk menjalani persiapan mengharungi musim baharu tahun depan.

Kata Raducanu, Beltz merupakan seorang jurulatih yang memiliki pengalaman luas dalam membantu atlet tenis wanita mencipta nama di pentas antarabangsa kerana pernah bekerjasama dengan barisan pemain elit seperti Angelique Kerber dan Donna Vekic.

“Saya sangat gembira dapat mengesahkan kehadiran Beltz yang akan membantu mening­katkan prestasi dalam karier bermula musim depan. Saya harap dia dapat memberikan aura positif kerana pernah membantu Kerber menjuarai tiga trofi Grand Slam sebelum ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI