PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) masih belum mengenakan sebarang kompaun kepada mana-mana premis yang menjual arak selepas pukul 9 malam seperti yang dimuktamadkan pada 1 November lalu.
Sumber memberitahu, pemerhatian pihaknya mendapati rata-rata pemborong dan peruncit sudah mengetahui mengenai garis panduan baharu tersebut.
“Setakat ini belum ada mana-mana premis yang dikenakan kompaun. Mungkin selepas ini DBKL akan akan melakukan tinjuan secara berperingkat bagi memastikan pematuhan larangan tersebut.
“Kebanyakan pemilik premis sudah mengambil maklum berkenaan larangan penjualan bir selepas pukul 9 malam,” katanya ketika dihubungi.
Berita berkaitan: Boleh jual arak setakat pukul 9 malam
Menurut sumber, premis yang ingkar akan dikenakan amaran sebelum kompaun dikeluarkan kepada mereka jika masih berdegil.
“Mungkin selepas ini jika ada premis yang tidak patuh larangan penjualan arak, kita akan keluarkan amaran namun sekiranya masih mengulangi kesalahan kami akan mengeluarkan kompaun,” jelasnya.-K! ONLINE














