fbpx

Tuntut insurans palsu RM500,000, dua lelaki didenda RM4,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Akmal Aliff (kiri) dan Muhamad Rizal masing-masing didenda RM2,000 di Mahkamah Majistret Munisipal Seberang Perai di Butterworth hari ini.

SEBERANG PERAI – Dua lelaki termasuk seorang orang kurang upaya (OKU) masing-masing didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Munisipal Seberang Perai di Butterworth di sini hari ini selepas didapati bersalah membuat tuntutan insurans palsu sebanyak RM500,000 pada April 2019.

Kedua-dua tertuduh, Muhammad Akmal Aliff Omar, 29, dan Muhamad Rizal Ahmad, 34, sebelum itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Farah Hazwani Osman.

Muhammad Akmal Aliff yang kudung tangan kiri hadir mengenakan kemeja-T berwarna biru gelap, manakala Muhamad Rizal memakai baju berwarna jingga.

Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama didakwa menipu syarikat The Pacific Insurance Bhd. yang mendorong syarikat itu untuk membuat bayaran tuntutan insurans sebanyak RM500,000 atas tuntutan kemalangan yang tidak wujud.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada 4 April 2019 di The Pacific Insurance Bhd., 40-01, Q Sentral, 2A, Jalan Steen Sentral 2, Kuala Lumpur.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan mengikut Seksyen 417 atau Seksyen 511 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurameera Shahrul Azrin, manakala Muhammad Akmal Aliff dan Muhamad Rizal diwakili peguam Lily Syarmeela Asyiqin Hamid.

Kedua-dua tertuduh kemudiannya membayar denda sebelum dibebaskan.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI