fbpx
SHUK dan isterinya, Rossalennah.

Shuk, Rossa bila nak selesai?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAN hari, ada sahaja cerita tentang si pelawak popular Shuk Sahar. Tak pernah sunyi langsung namanya dalam media sosial.

Jika nampak namanya sohor kini, pasti ada masalah yang tercetus. Semuanya tak lari daripada isu kecurangan.

Terbaharu, mungkin buat kali ke ‘1,0001’, namanya masih terpalit dengan isu kecurangan dengan si kekasih gelap.

Lebih panas, isterinya, Rossalennah juga mengakui sudah memfailkan perceraian dan hampir sebulan tidak tinggal sebumbung dengan Shuk.

Nampaknya Rossalennah sudah tidak mampu lagi menahan diri daripada terus menjadi mangsa keadaan.

Dia juga tidak henti-henti berkongsi tangkap layar foto yang mendakwa suaminya masih bertemu dengan skandal.

Harap Rossalennah kuatkan diri dan bersabar dengan semua dugaan yang menimpa. Semoga terus tabah demi anak-anak.

Untuk Shuk, sudah-sudahlah. Jika sudah terlajak, berundurlah. Jangan masuk dalam laluan yang menyesat dan menjerat diri sendiri kelak. Harap ada kesudahan yang baik buat mereka.

DIVA: Seronok tengok anak bongsu Shuib, Ayash Affan semakin membesar.

POPULAR

BERITA BERKAITAN