fbpx

Aliran trafik perlahan di dua lebuh raya utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Aliran trafik bergerak perlahan di dua lebuh raya utama disebabkan kemalangan yang berlaku hari ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia(LLM) memaklumkan aliran trafik perlahan di Lebuh Raya Utara Selatan yang melibatkan laluan di Kilometer (KM) 237.58 arah utara dari Kuala Kangsar ke Changkat Jering disebabkan berlakunya kemalangan.

“Susulan dari kemalangan yang berlaku, trafik dilaporkan perlahan sejauh dua kilometer di lokasi.

“Terdapat kemalangan lain di KM 75.4 arah utara dari Machap ke Ayer Hitam sehingga menyebabkan lorong kecemasan terhalang,” katanya di sini hari ini.

Seterusnya, di KM 47.2 arah selatan dari Simpang Renggam ke Sedenak, LLM melaporkan terdapat kemalangan yang berlaku namun trafik masih terkawal.

“Aliran trafik juga perlahan dari Perai ke Juru dan laluan sebelum masuk ke Plaza Tol Juru,” katanya lagi.

Aliran trafik dari Perai ke Juru yang bergerak perlahan sebelum memasuki Plaza Tol Juru.

Selain itu, LLM turut memaklumkan di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1), terdapat kemalangan yang berlaku di KM 152.5 arah timur dari Chenor ke Maran.

“Pergerakan trafik di lokasi masih dalam keadaan terkawal namun lorong kecemasan ditutup sementara,” ciapnya.

Sementara itu, di Lebuh Raya Kuala Lumpur dan Lebuh Raya Sungai Besi, keadaan trafik masih lagi lancar dan terkawal. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI