fbpx

150,000 peranti Cerdik sudah diagihkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
- RADZI Jidin melakukan tinjauan di IPG Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Nilai di sini hari ini.

SEREMBAN – Kesemua 150,000 peranti di bawah inisiatif pembangunan pembelajaran digital jangka pendek (Cerdik) selesai diagihkan kepada pelajar yang memerlukan pada 29 Oktober lalu.

Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, di peringkat awal berlaku sedikit kelewatan dalam konteks pengagihan peranti mengikut spesifiksi ditetapkan apabila pergerakan terhad berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 di dalam dan luar negara.

“Namun begitu, akhirnya dari hari ke hari jumlah peranti yang diterima dan diagihkan itu meningkat sehingga pada 29 Oktober lalu kesemua 150,000 peranti yang patut diagihkan telah diterima kesemuanya kepada murid yang telah dikenal pasti,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan kemasukan pelajar di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek, Nilai di sini.

Menurut Radzi, peranti yang ke-150,000 itu telah diserahkan kepada pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Pinji, Ipoh iaitu Muhammad Harrith Irfan Mohd. Daniel Timothy.

“Jadi, saya amat berharap supaya perkara ini tidak dijadikan sebagai satu isu memandangkan pengagihan peranti telah selesai dilaksanakan dan murid-murid telah menggunakan peranti tersebut di dalam pembelajaran mereka,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI